logo6.jpg
logo3.jpg
logo4.jpg
logo5.jpg
logo2.jpg

FBMKLCI (Live View)

Kuala Lumpur, 7 Januari 2015 – Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Berhad (PBSNB), mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM4.47 juta untuk BSN Dana Al-Jadid (Al-Jadid) dan RM4.60 juta untuk BSN Dana Dividen Al-Ifrah (Al-Ifrah) bagi Tahun Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2014. 

Agihan kasar bagi Al-Jadid ialah 1.90 sen seunit  dan bagi Al-Ifrah ialah 2.07 sen seunit. Pelabur-pelabur yang memegang unit amanah sehingga 31 Disember 2014 layak mendapat pengagihan ini dalam bentuk pelaburan semula unit. 

Berdasarkan harga pembukaan Tahun Kewangan 2014, agihan pendapatan  Al-Jadid adalah bersamaan dengan pulangan kasar sebanyak 7.5% dan bagi Al-Ifrah pula adalah 8.0%. Semua pelaburan semula tersebut akan dibuat  pada hari bekerja ketiga selepas pengumuman ini.

Kedua-dua Dana adalah  berasaskan prinsip Syariah. Al-Jadid adalah Dana yang berobjektifkan pertumbuhan modal dan agihan pendapatan manakala Al-Ifrah mensasarkan kepada pertumbuhan yang konsisten dengan memberi fokus kepada pelaburan di dalam saham-saham yang mempunyai rekod membayar dividen atau berpotensi membayar dividen yang menarik.

“Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan mengucapkan terima kasih kepada pelabur-pelabur yang setia dan PBSNB akan sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan pencapaian dan perkhidmatan pada tahun akan datang”, kata Kamarul Izam Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif PBSNB.

PBSNB mula beroperasi pada Januari 1995 sebagai Pengurus Dana Unit Amanah. PBSNB menguruskan Unit–Unit Amanah Saham, Dana Pasaran Wang dan Mandat Khusus. Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk PBSNB, sila layari laman web kami di www.pbsn.com.my.

Website Security Test