logo6.jpg
logo3.jpg
logo4.jpg
logo5.jpg
logo2.jpg

FBMKLCI (Live View)

 Kuala Lumpur, 12 September 2012 – Permodalan BSN Berhad (PBSN), sebuah syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melancarkan satu Dana amanah baru; BSN Dana Dividen Al-Ifrah (“Al-Ifrah”) hari ini.

Ia merupakan satu Dana Ekuiti patuh Shariah, “Al-Ifrah” menawarkan 800 juta unit saham pada harga RM0.25/unit dan akan melabur di dalam saham-saham yang memberi atau mempunyai potensi untuk memberikan pulangan sekurang-kurangnya 3% dividen kasar setahun.  Pelabur yang mencari pendapatan yang stabil akan mendapati Dana ini sesuai kerana ianya juga berpotensi untuk menawarkan pertumbuhan modal jangka masa sederhana ke jangka masa panjang.

 Menurut Datuk Azizan Abd Rahman, Pengerusi PBSN, “Al-Ifrah adalah Dana ketiga yang ditawarkan dan diuruskan oleh PBSN.  Objektifnya adalah untuk memberikan pulangan yang stabil dengan melabur di dalam saham-saham yang membayar dividen secara stabil. Sebagai Dana ekuiti, Al-Ifrah akan mempunyai tahap pelaburan ekuiti yang tinggi dengan melabur sekurang-kurangnya 70% dari Nilai Aset Bersih (NAB) ke dalam saham-saham patuh shariah yang tersenarai di Bursa Malaysia.”

Saham-saham dividen telah terbukti mampu bertahan ketika menghadapi kegawatan ekonomi dan pada masa yang sama mampu memberikan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang.  Penawaran Al-Ifrah adalah tepat pada masanya di kala senario ekonomi global menghadapi jangkaan kelembapan disebabkan krisis di Eropah.  Saham-saham dividen mempunyai rekod yang tersendiri dalam menjana prestasi memberangsangkan ketika keadaan pasaran yang baik atau sebaliknya.  Al-Ifrah adalah salah satu peluang pelaburan yang terbaik yang ditawarkan oleh PBSN kepada para pelabur di dalam  mengurus dan menjana kekayaan mereka.

Website Security Test