logo6.jpg
logo3.jpg
logo4.jpg
logo5.jpg
logo2.jpg

FBMKLCI (Live View)

Pelaburan Melalui KWSP

Panduan 1 - Pelaburan melalui KWSP bagi ASBSN dan BSN Al-Jadid

   
 

Syarat-syarat Yang Ditetapkan

 
 

Pengeluaran Pelaburan Ahli (Simpanan dibawah PPA) Simpanan Asas telah dikuatkuasa pada 1 Februari 2008.

  Tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
 

Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

 

Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.

 

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

   
  Definisi Simpanan Asas
 
 

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

   
 

Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1

 
Umur (Tahun) Simpanan Asas (RM) Umur (Tahun) Simpanan Asas (RM)
18 1,000 37 34,000
19 2,000 38 37,000
20 3,000 39 41,000
21 4,000 40 44,000
22 5,000 41 48,000
23 7,000 42 51,000
24 8,000 43 55,000
25 9,000 44 59,000
26 11,000 45 64,000
27 12,000 46 68,000
28 14,000 47 73,000
29 16,000 48 78,000
30 18,000 49 84,000
31 20,000 50 90,000
32 22,000 51 96,000
33 24,000 52 102,000
34 26,000 53 109,000
35 29,000 54 116,000
36 32,000 55 120,000
   
 

Contoh Pengiraan Kelayakan

Ahli Umur Simpanan Di dalam Akaun 1 (RM) Simpanan Asas (RM) Pengiraan: Simpanan Akaun 1 - Simpanan Asas x 20% Kelayakan Ahli
A 22 4,000 5,000 -

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

B 22 8,000 5,000 (8,000 - 5,000) x 20% = RM600

Ahli tidak layak memohon. Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000.

C 25 20,000 9,000 (20,000 - 9,000) x 20% = RM2,200

Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200.

D 40 40,000 44,000 -

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

E 45 100,000 64,000 (100,000 - 64,000) x 20% = RM7,200

Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.

   
   
  Kelayakan Memohon
 
  Anda layak memohon sekiranya:
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang :
  Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
  Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
(iv) Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
(v) Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah Simpanan Asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00
   
  Panduan Pelaburan
 
(a) Dalam membuat keputusan untuk memanafaatkan Pengeluaran Pelaburan KWSP, pelabur perlu tahu bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan anda dengan pengurus dana. KWSP tidak akan bertanggungjawab untuk menggantirugi sebarang kerugian daripada pelaburan yang dibuat.
(b) Oleh yang demikian, pelabur perlu membuat keputusan dengan bijak terutamanya dalam memilih unit amanah mana yang anda ingin melabur. Jika anda tidak bersedia untuk mengambil risiko (berkemungkinan kerugian), adalah lebih baik untuk pelabur membiarkan sahaja wang anda di dalam KWSP.
(c) Di bawah pengeluaran ini, pelabur tidak dibenarkan untuk memperoleh syer secara langsung daripada pasaran saham. Semua pelaburan mestilah dibuat melalui pengurus dana yang dilantik oleh Kementerian Kewangan. pelabur boleh memilih dari mana-mana pengurus dana yang diluluskan. Senarai terbaru pengurus dana yang diluluskan boleh didapati dari mana-mana pejabat KWSP.
(d) Apabila permohonan ahli telah diproses, KWSP akan memindahkan jumlah simpanan yang dilaburkan terus kepada pengurus dana yang bertanggungjawab dalam tempoh 21 hari selepas permohonan diterima oleh KWSP. Semua risiko pelaburan juga dipindahkan kepada pelabur secara automatik.
(e) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada adanya baki.
   
  Cara Pengiraan Pengeluaran
 
(a) Anda perlu mempunyai baki RM5,000 yang melebihi Simpanan Asas di dalam Akaun I untuk melayakkan pelabur memohon untuk membuat pengeluaran pelaburan KWSP.
(b) Di samping itu, jumlah untuk pengeluaran mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas di dalam Akaun I.
(c) Anda boleh membuat pengeluaran yang seterusnya, untuk tujuan pelaburan, dalam jangka masa tiga bulan asalkan anda mencapai kriteria kelayakan setiap kali anda ingin membuat pelaburan baru.
(d) Pengeluaran pelaburan boleh dibuat dalam jangka masa tiga bulan daripada tarikh pemindahan terakhir, tertakluk kepada baki yang dikehendaki di dalam Akaun I.
   
  Bagaimana Membuat Pengeluaran
 
(a) Sebelum menyerahkan permohonan pengeluaran, pelabur perlu mendapatkan 'Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan' daripada mana-mana pejabat KWSP. Untuk mendapatkannya, anda perlu menunjukkan Kad Pengenalan anda di kaunter. Permintaan melalui telefon atau e-mel tidak akan dilayan.
(b) Permintaan anda hanya akan dilayan jika anda layak untuk membuat pengeluaran pelaburan pada masa tersebut. Anda kemudiannya perlu membuka satu akaun pelaburan dengan pengurus dana yang dipilih (melainkan anda sudah ada akaun dengan pengurus dana tersebut).
(c) Dokumen yang diperlukan untuk serahan kepada pengurus dana adalah:
  Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi;
  Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan; dan
  Kad Pengenalan ahli/Kad Pintar atau Kad Pengenalan Polis.
   
  Panduan 2 - Belian Balik Unit bagi ASBSN dan BSN Al-Jadid Pelaburan KWSP
  Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP
 
  Anda hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.
  Anda tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.
   
  Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :-
 
  Borang Permohonan Belian Balik (PBSNB-03);
  Borang KWSP 9F (iii) ( AHL);
  Salinan Kad Pengenalan.
   
  Urusan belian balik yang dibenarkan di Cawangan-cawangan BSN atau di Permodalan BSN Berhad.
   
  Panduan 3 - Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan
 
  KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di IPD apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
  Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan adalah di antara ahli/waris dengan pihak IPD.

Berita Semasa

:1 OGOS 2017:

"Untuk makluman, PBSN telah melancarkan dana baru BSN Dana Shariah Money Market pada 1 Ogos 2017. Sila rujuk prospektus kami "

:15 JUN 2017:

"PBSN telah melancarkan dua (2) dana Unit Amanah "BSN Islamic Maximizer" dan "BSN Islamic Tactical" pada 15 Jun 2017. Dana boleh didapati di PBSN buat masa ini dengan nilai minimum permulaan pelaburan ialah RM500.00 dengan tempoh bertenang (cooling-off period) dari selama 21 hari sehingga 15 Julai 2017."

:13 JUN 2017:

"PBSN akan melancarkan dua (2) dana baru pada 15 Jun 2017"

:PENGUMUMAN DIVIDEN : (10 Januari 2017)

Tahun Berakhir 2016

BSN Dana Dividen Al-Ifrah : 0.70 sen seunit

BSN Dana Al-Jadid : 0.85 sen seunit

:NOTIS PRIVASI:

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, pihak kami telah memasukkan Notis Privasi untuk maklumat pelabur.

Pihak PBSN dalam proses mengemaskini alamat pelabur. Kepada para pelabur yang masih menggunakan alamat surat-menyurat yang lama, diminta mengemaskini < DI SINI >

 

Harga Terkini

12/12/2017 Al-Ifrah 0.2178
12/12/2017 Maximizer 0.2500
12/12/2017 Tactical 0.2500
12/12/2017 DSMM
1.006965

Hubungi Kami

Permodalan BSN Berhad
Aras 19, Lot 1,
Bangunan TH Selborn,
153 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Talian Am : 03-2180 9020
Talian Khidmat Pelanggan :
03-2180 9000
Fax : 03-2681 0051

 

Website Security Test