logo6.jpg
logo3.jpg
logo4.jpg
logo5.jpg
logo2.jpg

FBMKLCI (Live View)

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL(ASBSN)
Dilancarkan pada 12 Januari 1995
Harga Pelancaran RM 1.00
Saiz Dana 500 juta unit
Kategori Dana : Dana Ekuiti
90% pelaburan dana adalah di dalam sekuriti tersenarai Bursa Malaysia Sekuriti Berhad
Jenis Dana : Dana Pendapatan dan Pertumbuhan
OBJEKTIF PELABURAN
Menghasilkan pulangan sebenar yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit tanpa mendedahkan pelaburan mereka kepada risiko yang tidak wajar
Berusaha meningkatkan modal pelaburan dalam jangka masa sederhana dan panjang dalam pasaran ekuiti
Berusaha meningkatkan pendapatan dengan melabur dalan sekuriti-sekuriti yang memberikan pulangan yang baik dan berfaedah tetap
PEMILIHAN SAHAM
1) Aspek Kualitatif – merangkumi pengurusan yang baik dan berwibawa, perniagaan berisiko rendah, kedudukan yang baik dalam industri dan sebagainya.
2) Aspek Kuantitatif – meliputi aliran perolehan pendapatan yang konsisten dan medudukan kewangan yang baik; dan
3) Aspek Teknikal – aliran pergerakan pasaran dan kesesuaiannya dalam urusan jual beli saham.
CIRI-CIRI ASBSN
Terbuka kepada Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pelaburan Minima 100 unit
Pelaburan tambahan 50 unit
Tiada had maksima tetapi tertakluk kepada unit yang ada
Individu atau korporat
Urusan di lebih 300 buah cawangan BSN secara on-line
Pelaburan melalui skim KWSP bagi pencarum yang memenuhi syarat
Agihan Pendapatan diberikan melalui 3 cara iaitu
1) Melalui Akaun GIRO
2) Cek
3) Pelaburan Semula

Berita Semasa

:9 JANUARI 2018:

"PBSN mengumumkan agihan pendapatan untuk dana Unit Amanah iaitu Amanah Saham BSN (ASBSN) sebanyak 0.85sen, BSN Dana Al-Jadid (Al-Jadid) sebanyak 0.55sen, dan BSN Dana Dividen Al-Ifrah (Al-Ifrah) sebanyak 0.55sen bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2017. "

:18 DISEMBER 2017:

"Untuk makluman, PBSN telah membuat penggantungan urusan pada 16-31 Disember 2017 bagi transaksi pembelian dan pemjualan unit amanah saham di PBSN dan semua cawangan BSN bagi tujuan proses penutupan Akaun dan pembayaran Dividen. Operasi transaksi akan beroperasi seperti biasa bermula 2 Januari 2018."

:1 OGOS 2017:

"Untuk makluman, PBSN telah melancarkan dana baru BSN Dana Shariah Money Market pada 1 Ogos 2017. Sila rujuk prospektus kami "

:15 JUN 2017:

"PBSN telah melancarkan dua (2) dana Unit Amanah "BSN Islamic Maximizer" dan "BSN Islamic Tactical" pada 15 Jun 2017. Dana boleh didapati di PBSN buat masa ini dengan nilai minimum permulaan pelaburan ialah RM500.00 dengan tempoh bertenang (cooling-off period) dari selama 21 hari sehingga 15 Julai 2017."

:13 JUN 2017:

"PBSN akan melancarkan dua (2) dana baru pada 15 Jun 2017"

:PENGUMUMAN DIVIDEN : (10 Januari 2017)

Tahun Berakhir 2016

BSN Dana Dividen Al-Ifrah : 0.70 sen seunit

BSN Dana Al-Jadid : 0.85 sen seunit

:NOTIS PRIVASI:

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, pihak kami telah memasukkan Notis Privasi untuk maklumat pelabur.

Pihak PBSN dalam proses mengemaskini alamat pelabur. Kepada para pelabur yang masih menggunakan alamat surat-menyurat yang lama, diminta mengemaskini < DI SINI >

 

Harga Terkini

13/08/2018 Al-Ifrah 0.2078
13/08/2018 Maximizer 0.2500

13/08/2018

Tactical 0.2500
13/08/2018 DSMM
1.013629

Hubungi Kami

Permodalan BSN Berhad
Aras 19, Lot 1,
Bangunan TH Selborn,
153 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Talian Am : 03-2180 9020
Talian Khidmat Pelanggan :
03-2180 9000
Fax : 03-2681 0051

 

Website Security Test