logo6.jpg
logo3.jpg
logo4.jpg
logo5.jpg
logo2.jpg

Amanah Saham Bank Simpanan Nasional(ASBSN) telah dilancarkan pada 12 Januari 1995 dengan saiz dana adalah 500 juta unit. 

Read more...

 

Al-Jadid bermaksud Permulaan Baru bagi PBSN dalam usahanya untuk mempelbagaikan produk pelaburan yang ditawarkan kepada orang ramai.

Read more...

BSN Dana Dividen Al-Ifrah telah dilancarkan pada 12 September 2012. Pelanggan boleh berurusan di kaunter BSN atau Pejabat PBSN.

Read more...

Untuk merujuk sebarang maklumat berkenaan dana-dana yang terdapat di Permodalan BSN Berhad. Sila klik di ruangan ini.

Read more...

 

FBMKLCI (Live View)

PBSNB UMUM AGIHAN PENDAPATAN UNTUK BSN DANA AL-JADID DAN BSN DANA DIVIDEN AL-IFRAH 2014

Kuala Lumpur, 7 Januari 2015 – Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Berhad (PBSNB), mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM4.47 juta untuk BSN Dana Al-Jadid (Al-Jadid) dan RM4.60 juta untuk BSN Dana Dividen Al-Ifrah (Al-Ifrah) bagi Tahun Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2014. 

Agihan kasar bagi Al-Jadid ialah 1.90 sen seunit  dan bagi Al-Ifrah ialah 2.07 sen seunit. Pelabur-pelabur yang memegang unit amanah sehingga 31 Disember 2014 layak mendapat pengagihan ini dalam bentuk pelaburan semula unit. 

Berdasarkan harga pembukaan Tahun Kewangan 2014, agihan pendapatan  Al-Jadid adalah bersamaan dengan pulangan kasar sebanyak 7.5% dan bagi Al-Ifrah pula adalah 8.0%. Semua pelaburan semula tersebut akan dibuat  pada hari bekerja ketiga selepas pengumuman ini.

Kedua-dua Dana adalah  berasaskan prinsip Syariah. Al-Jadid adalah Dana yang berobjektifkan pertumbuhan modal dan agihan pendapatan manakala Al-Ifrah mensasarkan kepada pertumbuhan yang konsisten dengan memberi fokus kepada pelaburan di dalam saham-saham yang mempunyai rekod membayar dividen atau berpotensi membayar dividen yang menarik.

“Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan mengucapkan terima kasih kepada pelabur-pelabur yang setia dan PBSNB akan sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan pencapaian dan perkhidmatan pada tahun akan datang”, kata Kamarul Izam Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif PBSNB.

PBSNB mula beroperasi pada Januari 1995 sebagai Pengurus Dana Unit Amanah. PBSNB menguruskan Unit–Unit Amanah Saham, Dana Pasaran Wang dan Mandat Khusus. Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk PBSNB, sila layari laman web kami di www.pbsn.com.my.

Berita Semasa

:1 OGOS 2017:

"Untuk makluman, PBSN telah melancarkan dana baru BSN Dana Shariah Money Market pada 1 Ogos 2017. Sila rujuk prospektus kami "

:15 JUN 2017:

"PBSN telah melancarkan dua (2) dana Unit Amanah "BSN Islamic Maximizer" dan "BSN Islamic Tactical" pada 15 Jun 2017. Dana boleh didapati di PBSN buat masa ini dengan nilai minimum permulaan pelaburan ialah RM500.00 dengan tempoh bertenang (cooling-off period) dari selama 21 hari sehingga 15 Julai 2017."

:13 JUN 2017:

"PBSN akan melancarkan dua (2) dana baru pada 15 Jun 2017"

:PENGUMUMAN DIVIDEN : (10 Januari 2017)

Tahun Berakhir 2016

BSN Dana Dividen Al-Ifrah : 0.70 sen seunit

BSN Dana Al-Jadid : 0.85 sen seunit

:NOTIS PRIVASI:

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, pihak kami telah memasukkan Notis Privasi untuk maklumat pelabur.

Pihak PBSN dalam proses mengemaskini alamat pelabur. Kepada para pelabur yang masih menggunakan alamat surat-menyurat yang lama, diminta mengemaskini < DI SINI >

 

Harga Terkini

12/12/2017 Al-Ifrah 0.2178
12/12/2017 Maximizer 0.2500
12/12/2017 Tactical 0.2500
12/12/2017 DSMM
1.006965

Hubungi Kami

Permodalan BSN Berhad
Aras 19, Lot 1,
Bangunan TH Selborn,
153 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Talian Am : 03-2180 9020
Talian Khidmat Pelanggan :
03-2180 9000
Fax : 03-2681 0051

 

Website Security Test