BSN Dana Al-Jadid

Disclaimer

Pelabur dinasihatkan membaca dan memahami prospektus dan surat ikatan amanah sebelum melabur dalam dana. Sekiranya masih ragu-ragu sila berunding dengan pakar kewangan anda. Dana unit amanah adalah semata-mata ditawar berdasarkan kepada kandungan maklumat di dalam prospektus elektronik dan maklumat lain adalah bukan sebahagian daripada prospektus elektronik. Prospektus bercetak dan borang permohonan boleh didapati di Permodalan BSN Berhad yang bertanggung jawab untuk ruangan internet yang mana prospektus elektronik dan borang permohonan dimasukkan. Dana unit amanah ini hanya diperuntukkan di Malaysia atau sesiapa sahaja di Malaysia.

Kenyataan Amaran Produk

Isi kandungan laman web ini bukan merupakan satu syor untuk melabur dalam mana-mana produk Permodalan BSN Berhad (PBSN).

PELABUR PERLU BERGANTUNG PADA PENILAIAN MEREKA SENDIRI UNTUK MENILAI MERIT DAN RISIKO SEBARANG PELABURAN. DALAM MEMPERTIMBANGKAN PELABURAN, PELABUR YANG RAGU-RAGU TENTANG TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL HARUS DAPATKAN NASIHAT DARIPADA PENASIHAT PROFESIONAL MEREKA SEGERA.

Bagi pelaburan dalam mana-mana dana unit amanah atau dana pukal (Wholesale Fund) PBSN, pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan prospektus dana masing-masing / Dokumen Maklumat Memorandum (Information Memorandum) (Utama dan/atau Tambahan - jika ada) sebelum melabur dalam mana-mana dana. Dokumen Prospectus Utama/Dokumen Maklumat Memorandum yang boleh didapati di pejabat PBSN ini atau melalui laman sesawang kami di www.pbsn.com.my atau klik < DI SINI >

Pelabur dinasihatkan bahawa harga unit setiap dana atau agihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan juga naik. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dan pelabur dinasihatkan supaya mempertimbangkan yuran dan caj ini sebelum melabur dalam mana-mana dana. Prestasi yang lepas bagi dana bukan petunjuk prestasi masa depan.

Salinan Prospektus Utama/ Dokumen Maklumat Dana masing-masing dipaparkan dalam laman web ini (jika ada) telah didaftarkan/didepositkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ketidakdedahan (non disclosure) bagi pihak PBSN dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan Prospektus Utama/ Dokumen Memorandum Maklumat atau apa-apa bentuk maklumat yang berkaitan dengan produk/perkhidmatan PBSN serta tidak juga bertanggungjawab sebarang ketepatan atau kesempurnaannya dan jelas menafikan sebarang liabiliti bagi apa-apa kerugian yang timbul daripada atau bersandarkan kepada seluruh atau mana-mana bahagian kandungan Prospektus Utama/ Dokumen Memorandum Maklumat atau apa-apa bentuk maklumat yang berkaitan dengan produk/perkhidmatan PBSN ini.

Penawaran produk kami boleh didapati di Malaysia sahaja. Unit bagi dana unit amanah dan dana pukal pelaburan hanya akan dikeluarkan apabila PBSN telah menerima borang permohonan yang lengkap. Urusniaga tidak dijalankan melalui penghantaran talian komputer. Manakala bagi Mandat Pengurusan pelaburan pelabur terhadap produk lain dari PBSN, satu perjanjian pengurusan pelaburan dikehendaki dimeterai antara pelabur dan PBSN sebelum apa-apa transaksi yang dibuat bagi pihak pelabur. Kandungan minimum perjanjian pengurusan pelaburan mestilah selaras dengan Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pelabur adalah dinasihatkan bahawa semua butir-butir yang terkandung dalam laman web ini adalah semata-mata atas dasar maklumat sahaja. Jika ragu-ragu, adalah menjadi tanggungjawab pelabur untuk berunding dengan penasihat undang-undang dan/atau profesional dalam usaha untuk mendapatkan penerangan.

Walaupun segala penelitian dan usaha telah diambil untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat, lengkap atau dipercayai, PBSN tidak membuat sebarang perwakilan, jaminan atau jaminan ke atas ketepatan, kesempurnaan dan kebolehpercayaan maklumat yang diberikan.

Pelabur adalah dinasihatkan untuk menimbang semua risiko yang berpotensi yang hadir bersama-sama dengan keputusan mereka untuk melabur dalam mana-mana produk PBSN. Semua bentuk pelaburan mungkin mempunyai beberapa risiko yang wujud kepadanya. PBSN tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian langsung atau berbangkit yang timbul daripada penggunaan atau pergantungan ke atas maklumat yang disediakan dalam laman sesawang ini.

Kenyataan Pelabur

Saya akui bahawa saya telah membaca dan memahami penyata amaran dan notis seperti yang ditetapkan di atas. Saya juga memahami nilai pelaburan dan agihan pendapatan yang dibayar, jika ada, boleh jatuh dan juga naik, dan bahawa prestasi masa lampau mana-mana pelaburan tidak semestinya memberi gambaran untuk prestasi masa hadapan.Saya mengaku bahawa apabila melabur dalam mana-mana dana unit amanah atau dana pukal atau produk lain yang ditawarkan oleh PBSN, saya sedar akan risiko pelaburan produk tersebut.